Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

14 November 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia Menakutkan Pembangkang


 TIDAK habis-habis. Satu demi satu projek untuk manfaat kehidupan harian masyarakat Malaysia diserang parti pembangkang.

Mulanya, program transformasi kedai runcit (TUKAR), kemudian beralih ke Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan seterusnya Menu Rakyat 1Malaysia. Terbaru, dikatakan 'menjangkit' ke projek pembangunan bengkel automatif (ATOM).
'Pening kepala' dibuatnya menteri berkenaan untuk bertarung di satu lagi 'gelanggang politik' pembangkang. Tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin 'alah bisa tegal biasa'. Matlamat kementerian berjiwa besar untuk rakyat ini hanyalah semata-mata untuk kesenangan orang ramai mengharungi cabaran kos hidup yang meningkat kala ini.
Namun lain ceritanya di pihak sana. Sampaikan kedengaran ura-ura 'melobi' oleh pihak terbabit untuk menerajui kementerian Ismail Sabri, tentunya selepas pilihan raya umum nanti.
Ini gara-gara tidak puas hati dengan projek rakyat kelolaan kementerian Ismail Sabri yang lebih dikenali KPDNKK atau nama penuhnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Ia dikatakan merugikan 'pihak industri'. Pernah seorang peneraju dewan perniagaan yang dikatakan memiliki lebih 20,000 anggota hadir berbincang dengan Ismail Sabri dan disaran menyertai sahaja program KR1M, yakni sama seperti komitmen yang ditunjukkan Mydin. Dalam mesyuarat (perundingan) itu, semuanya nampak baik belaka, berjalan lancar dan penutupnya, wakil dewan berkenaan menyatakan semuanya okey, okey dan okey untuk KR1M. Tetapi beberapa hari kemudian, habis dibantainya Ismail Sabri dalam akhbar mereka.
Ismail Sabri yang ditemui penulis di Putrajaya Jumaat lalu percaya pembangkang tidak suka melihat rakyat mendapat harga barang yang murah menerusi siri program anjuran kementeriannya. Ini kerana ia akan mempopularkan kerajaan. Lebih-lebih lagi dianggap satu kelebihan buat BN menjelang pilihan raya umum ke-13 yang hangat diperkatakan saat ini.
"Kerajaan hapuskan ISA, dia tak suka pula sebab kerajaan dah buat dulu. Yang uar-uarkan pembohongan ini pun adalah individu sama yang dikatakan nak 'pecat' atau kurangkan bilangan ramai kakitangan kerajaan.
"Tidak setakat itu juga, yang terbaru mereka mahu musnahkan ATOM pula," kata Ismail Sabri. ATOM, menurutnya, diperkenalkan bagi mengelakkan berlaku penipuan dalam jualan alat-alat ganti tulen kereta. Kadang-kala orang ramai terbeli kereta potong atau gear box yang rosak. Maka ATOM lah antara jawapan dalam meleraikan permasalahan ini.

3 ulasan:

  1. pembangkang dah mati isu nak meraih undi ..nak xnak terpaksa la menfitnah kedai rakyat 1malaysia..
    apa-apa pun terima kasih kerana mempromosikan barangan 1malaysia..rakyat pasti akan ke kedai 1malaysia untuk membandingkan harga sepertimana yang puak pembangkang fitnahkan itu dan ini secara tak langsung akan meramaikan rakyat malaysia datang ke kadai 1malaysia...

    BalasPadam
  2. Cerita Kedai Rakyat 1 Malaysia lebih menarik sehingga puak PR ni pun berminat nk tahu pasal Kedai Rakyat 1 Malaysia sebenarnya. Aku rasa mungkin diaorng lebih banyak beli barangan dari Kedai Rakyat 1 Malaysia.

    BalasPadam
  3. betul tu sy sokong

    BalasPadam