DI bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), rakyat tetap diberi kebebasan beragama. Peruntukan untuk kaum-kaum lain beribadat tidak diketepikan malah ditambah.
BN yang diterajui UMNO menghormati corak pengamalan agama lain. Ini rekod yang dipegang sejak merdeka. Namun akhir-akhir ini, ada beberapa hal yang mencabar kesatuan pemikiran umat Islam.
JAMIL KHIR: Kita melihat ada beberapa hal yang mencabar kekuatan dan kesatuan umat Islam. Yang lebih besar daripada itu adalah kesatuan fikrah atau pemikiran umat Islam. Lihat soal murtad yang berlaku sehingga timbul keresahan besar umat Islam di negara ini sehinggakan rata-rata yang ambil kesimpulan wajar umat Islam bersatu di bawah satu payung untuk pertahankan akidah umat Islam sehingga lahirnya perhimpunan yang dikenali Perhimpunan Sejuta Umat.
Walaupun tak perlu bincang soal besar dan kecil tapi sudah sampai rasa ketidakpuasan hati sehingga timbulnya idea perhimpuan itu. Tetapi Alhamdullillah, umat Islam ambil hikmah pendekatan yang demokrasi. Saya lihat hasil itu dan kita mula fikir mengenainya balik.
Tetapi adakah ada usaha tertentu untuk menghukum atau mengekang pihak yang cuba memurtadkan umat Islam?
Ini kita kena ucapkan terima kasih kepada generasi dulu yang telah mewujudkan enakmen bagi menyekat mereka yang ingin memurtadkan ini. Sebenarnya telah pun wujud enakmen sejak tahun 1980 lagi.
Misalnya, beberapa negeri telah mempunyai undang-undang yang dinamakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam. Undang-undang ini diwujudkan bertujuan untuk mengawal dan menyekat pengembangan doktrin dan kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang yang menganuti agama Islam demi menjamin kehormatan dan kesucian Islam.
Negeri-negeri yang telah menguatkuasakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam ialah:
Terengganu (Enakmen Bil. 1 Tahun 1980) yang berkuat kuasa pada 1 April 1986, Kelantan (Enakmen Bil. 11 Tahun 1981) pada 1 Januari 1987, Selangor (Enakmen No.1 Tahun 1988) pada 8 Julai 1988, Melaka (Enakmen No.1 Tahun 1988) pada 1 Januari 1990 dan Kedah (Enakmen Bil. 11 Tahun 1988) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 1988.
Negeri-negeri lain pula ialah Pahang (Enakmen No.5 Tahun 1989) berkuat kuasa pada 1 Mac 1990, Johor (Enakmen No.12 Tahun 1991) pada 23 April 1992, Negeri Sembilan (Enakmen No.9 Tahun 1991) pada 5 April 2007 dan Perlis (Enakmen No.6 Tahun 2002) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2007.
Apa pandangan Datuk Seri tentang isu Seksualiti Merdeka?
Ia jauh menyimpang daripada norma kehidupan manusia. Dalam erti kata lain, ‘merdeka’ yang saya boleh terjemahkan adalah kebebasan untuk amalan seksual seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Kita patut cepat berganding bahu untuk mengekangnya dan bukannya menyokong atas sifat kerana mereka ini macam ditinggalkan. Sebaliknya, kita bantu bawa mereka pulang ke pangkal jalan. Bukannya memperakukan amalan mereka pula.
Realitinya, dalam Perlembagaan negara, kita tak benarkan termasuk Sekyen 377 (a),(b), (c) dan (d) yang tidak benarkan berlaku perhubungan lelaki dengan lelaki dan sebagainya yang saya nampak di hujung terowong itu adalah untuk memadamkan Seksyen 377 ini. Nanti akhirnya pula hilang sekatan perundangan dan kelak timbullah pula kebebasan yang dilaungkan oleh golongan tersebut.
Tentang soal ibadah korban haji baru-baru ini, mengapa pula ada pihak yang pertikaikan?
Soal korban ini harus semua fahami bahawa ia suatu tuntutan ibadah dalam Islam. Kita perlu menghormati antara satu sama lain. Dalam konteks agama misalnya sebelum ini tidak pernah ditimbulkan soal-soal seperti itu dan ‘tertimbul’ ini pun adalah kesan sebab kita umat Islam tidak bersatu.
Saya lihat konsep penyatuan dan konsep yang kita laung-laungkan selama ini iaitu Gasasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dengan pegangan agama dijalankan secara berwasatiyyah (kesederhanaan) yang bermakna sederhana di sini bukan dalam erti kata yang tak kaya dan tak miskin ataupun tak jahat sangat. Tetapi ia dalam konteks kita berbuat sesuatu yang pengertiannya cari untuk dunia dan akhirat. Ia semacam kita nak mati esok (akhirat) dan cari untuk dunia yang seakan-akan kita akan hidup selama-lamanya.
Bagaimana pula dari segi komitmen UMNO itu sendiri untuk memastikan kedudukan Islam itu tidak diganggu-gugat?
Sejak kita merintis kemerdekaan 54 tahun lalu, ramai yang barangkali hanya mengambil sikap sambil lewa mengenai sumbangan UMNO. Kita lihat betapa parti keramat UMNO pertahankan agama ini dalam konteks negara kita Malaysia.
Sejak dahulu lagi UMNO mengambil pendekatan penuh dan hikmah. Hari ini kita punyai sebanyak 22,000 masjid dan surau di seluruh negara. Ada yang berharga RM100 juta, RM50 juta dan sebagainya. Dan sudah tentu masjid-masjid ini tidak berdiri di situ tanpa ada pihak yang merancang dan menguruskannya.
Masakan kita dapat lihat ada 14,000 imam-imam yang kita bayar bergaji secara bulanan, ada elaun untuk mereka lagi. Masakan juga kita lihat ada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mendidik anak-anak kita sebagai modal insan pada masa akan datang. Kita bentuk dengan pendidikan agama sekali. Begitu juga dengan pendikan sekolah dan sebagainya seperti 34,000 guru KAFA telah kita gajikan. Ini merupakan usaha berterusan UMNO tanpa rasa penat dan jemu.
Demikian juga dengan kelahiran Tabung Haji (TH) yang bukan hanya terlibat sebagai entiti yang menghantar jemaah haji saban tahun sehingga mendapat pujian Kerajaan Arab Saudi, malah dunia melihat ia sebagai contoh unggul dalam melaksanakan ibadah haji.
Ini semua hasil daripada garapan kepimpinan UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN). Tabung Haji kini bergerak lebih lagi merentasi bidang ekonomi dan kini dikenali sebagai billion company dan bukannya million company. Tahun sudah sahaja kita capai keuntungan RM1.3 bilion dan beri dividen dan bonus sebanyak 5.5 peratus, ditambah 2.5 peratus untuk zakat.
Lihat pula kelahiran institusi agama yang lain seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang ada Ar-Rahnu (pajak gadai berasaskan syariah) yang menerajui gadaian Islam sehingga boleh beri keuntungan kepada penyimpannya dan pemegang sahamnya. Ini merupakan sistem yang menjadi contoh kepada dunia luar.
kalau pakatan haramjadah yang memerintah kompom duit zakat pun diaorang guna utk org kafir
BalasPadam